Pengundi Segambut ramai, tapi klinik kerajaan langsung tiada


  • Politik
  • Jumaat, 18 Nov 2022

Ahli PN memerhati kakitangan DBKL ketika penebangan pokok, yang memberi ancaman kepada peniaga di Segambut.

MESKIPUN terdapat hampir 120,000 pengundi di Segambut, Kuala Lumpur, namun tiada satu pun klinik kerajaan dibangunkan.

Perkara itu sekali gus menyukarkan penduduk kawasan berkenaan, khususnya golongan B40 bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan kadar murah.

Lantaran itu, calon Perikatan Nasional (PN), Prabagaran Vythilingam yang bertanding di kawasan Parlimen berkenaan berkata, beliau akan menyarankan supaya klinik kerajaan disediakan di kawasan tersebut sekiranya memenani kerusi berkenaan.

"Kesihatan rakyat adalah penting, jadi pembinaan klinik kerajaan di sini juga penting," katanya kepada pemberita.

33b7987b-f85a-42a5-aa21-36589e326fd8

Anak kelahiran Kedah berusia 51 tahun itu yang juga pengasas syarikat keselamatan turut berhasrat untuk melihat penambahbaikan dasar pendidikan, selain membasmi kemiskinan bandar di negara ini.

"Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berhak mendapat peluang yang saksama dalam pendidikan tanpa sebarang sistem kuota," katanya.

Ahli Gerakan itu berkata, penduduk yang ditemuinya ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara lain mengadu tentang masalah banjir di kawasan itu, beban kewangan, kesesakan lalu lintas serta kutipan sampah yang lemah.

Prabagaran berkata, beliau sebelum ini berjaya membantu menyelesaikan masalah peniaga dan pemilik perniagaan di tepi jalan di Jalan 6/42a, Taman Kok Doh, yang mengadu mengenai bahaya ditimpa dua pokok besar.

"Pemilik perniagaan datang kepada saya dan saya telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menebang pokok," katanya.

Pemilik kedai, Yong Mon Mooi, 68, antara individu yang lega melihat pokok-pokok itu ditebang.

"Terdapat risiko pokok-pokok itu mungkin tumbang ke atas kedai-kedai berhampiran dalam kejadian ribut petir, manakala kami juga bersiap sedia ketika musim tengkujuh ini," katanya.

Prabagaran bertanding menentang penyandang kerusi Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (Pakatan Harapan-DAP) dan Daniel Ling Sia Chin (Barisan Nasional-MCA).— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram