[VIDEO] Terlalu ghairah cium dahi skandal bertudung, suami curang terkedu dapat 'tamparan wanita' isteri tersakiti


  • Benua
  • Khamis, 17 Nov 2022

Tangkap layar seorang wanita menyerang suami dan skandalnya di sebuah restoran yang tular di media sosial sejak Khamis.

"BUAT kerja pun tak clean.” Demikian antara komen warganet selepas melihat video seorang suami diketahui curang bersama wanita lain oleh isterinya yang mula tular di media sosial sejak Khamis.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @terang_media menunjukkan seorang suami sedang duduk di meja makan sebuah restoran.

Tidak lama kemudian, kelihatan seorang wanita bertudung memakai topi keledar di sebelah meja dan meletakkan begnya di atas meja lelaki berkenaan.

Sebelum wanita itu duduk, dia menanggalkan topi keledarnya dan mencium tangan lelaki berkenaan, kemudian pemuda tersebut mencium dahinya.

Namun tiba-tiba, seorang lagi wanita bertudung yang didakwa isteri lelaki berkenaan kemudiannya menerjah pasangan itu lalu menampar suaminya serta memukul wanita berkenaan.

Sukar menerima tindakan isterinya itu, si suami kemudiannya masuk campur dan membela wanita tersebut.

Susulan kekecohan yang berlaku, beberapa lelaki lain datang untuk membantu meleraikan pergaduhan itu sebelum lelaki tersebut beredar bersama kekasih gelapnya.

Masa dan tempat kejadian masih belum diketahui, namun berdasarkan percakapan individu dalam video, ia disyaki berlaku di Indonesia.

Pelbagai respons yang diberikan oleh pengguna warganet dan ada juga yang seperti bergurau dengan kejadian berkenaan.

“Buat kerja tak clean bang. Patutnya belajar dahulu kalau nak curang,” komen yudie.asmad97.

“Saya sokong isteri sah, bagi sahaja mereka pengajaran,” tulis zeze_merzk. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram