[VIDEO] Budak 10 tahun nyaris kena culik, pekerja kedai muncul hero menyamar ibu


  • Benua
  • Khamis, 17 Nov 2022

Seorang kanak-kanak bertindak pantas dengan meminta bantuan daripada seorang pekerja kedai dan berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa culik di AS baru-baru ini.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun berdepan detik cemas apabila dia diekori oleh wanita tidak dikenali sebaik sahaja pulang dari sekolah di Pennsylvania, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Kanak-kanak itu, Sammy Green kemudian bertindak pantas dengan meminta bantuan dengan memasuki sebuah kedai barangan perhiasan dan meminta bantuan daripada pekerja premis, Hannah Daniels.

Green mengatakan kepada individu tidak dikenali itu bahawa Daniels merupakan ibunya dan dia tidak akan ke mana-mana.

“Wanita itu bertanya di mana saya tinggal, di mana ayah saya dan mengajak untuk pergi ke sesuatu tempat menyeronokkan.

“Saya kemudian berasa tidak selesa dengan soalannya termasuk tindakannya yang mengekori saya sebaik sahaja pulang dari sekolah,” katanya.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai yang menunjukkan wanita berkenaan mengekori Green sehingga ke dalam kedai.

Green kemudian berbisik kepada Daniels menceritakan tentang dirinya diekori dan meminta agar wanita itu mengaku sebagai ibunya.

Daniels seterusnya meminta Green untuk ke belakang dan bertanyakan kepada wanita berkenaan tujuannya masuk ke kedai.

Pertanyaan itu bagaimanapun tidak mendapat respons, malah wanita itu segera meninggalkan kedai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram