[VIDEO] Brutal belasah celah kangkang wanita 50 kali sampai mati depan bilik hotel


  • Benua
  • Khamis, 17 Nov 2022

Tangkap layar menunjukkan kejadian wanita malang itu dikerjakan suspek sehingga maut di sebuah hotel di Vietnam.

SEORANG wanita maut selepas dibelasah dengan kejam menggunakan kayu oleh seorang warga emas lelaki dalam kejadian di depan bilik sebuah hotel baru-baru ini.

Melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan, insiden itu dipercayai berlaku di Bandar Ca Mau, Vietnam pada Jumaat minggu lepas.

Dalam kejadian ngeri itu, suspek dikenali NVX, 58, dirakam memukul mangsa, NTT, 39, secara berterusan sebanyak hampir 50 kali di lengan, badan, kepala dan celah kangkang tanpa belas kasihan.

Lebih kejam lagi, suspek seolah-olah tekad mahu menamatkan riwayat mangsa kerana selepas berehat seketika dia kemudiannya memukul kepala mangsa sebelum menghayunkan kayu ke arah celah kangkang wanita berkenaan berkali-kali.

Wanita itu turut dilihat cuba mengetuk pintu salah sebuah bilik hotel berkenaan untuk meminta tolong namun dihalang oleh suspek.

Pada masa sama, seorang lelaki lain juga dilihat cuba masuk campur untuk menenangkan suspek.

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Umum Ca Mau namun tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Berdasarkan laporan hospital, mangsa meninggal akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Cau Mau berkata, mangsa berusia 39 tahun maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Kami cuba untuk menyelamatkan mangsa namun pesakit akhirnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya memetik laporan media antarabangsa Vietnam Posts English.

Setakat berita ini ditulis, motif sebenar dan hubungan antara suspek dan mangsa masih dalam siasatan polis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Benua, Viral, Tular, Lelaki Kejam, Pukul, Wanita, Mati, Vietnam, Bunuh,