Bukan sekali, ibu tetap tak restu Nik Omar bertanding tiket PKR


  • Politik
  • Khamis, 17 Nov 2022

Nik Omar akan bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket PKR.

IBU kepada calon PKR di Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz mendedahkan yang dia tidak merestui anaknya itu bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15.

Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dalam satu kenyataan di Facebook rasmi PAS berkata, anak-anaknya hanya dibenarkan bertanding di bawah parti PAS sahaja.

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

"Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket PAS.

"Al-Marhum Tuan Guru dan saya telah mendidik anak-anak kami semenjak dari kecil lagi agar kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Parti PAS," katanya pada Rabu malam.

315649587_510864617747478_5469216124607553931_n

Tangkap layar kenyataan yang dikeluarkan ibu kepada Nik Omar. — Facebook/PAS

Untuk rekod, PRU15 kali ini menyaksikan Nik Omar mewakili PKR dan berdepan tentangan dari Zairol Hizam Zakaria (Gerakan Tanah Air), Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional) dan Khairul Azwan Harun (Barisan Nasional).

Ini bukan kali pertama Nik Omar bertanding atas tiket PKR.

Sebelum ini, ketika PRU14, Nik Omar bertanding atas tiket parti sama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi kerusi Chempaka.

Namun, Nik Omar kalah dengan calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood.

Ahmad Fathan memperoleh undian (10,549 undi); calon BN, Mohamad Fareez (7,075 undi) dan Nik Omar (2,418 undi). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram