SEORANG pemandu lori bersikap biadab apabila menghimpit dan memotong barisan sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu kereta itu.
Kejadian pada Ahad itu dipercayai berjaya dirakam menerusi telefon bimbit seorang penumpang yang berada di belakang kereta Myvi itu.
Menerusi rakaman itu, pemandu lori terbabit dilihat menghimpit dan memotong barisan kenderaan lain tanpa memberikan isyarat lampu.
Keadaan bertambah panas apabila pemandu lori itu bertindak membuka pintu dan dipercayai menunjukkan isyarat lucah ke arah kereta Myvi itu.
Namun selepas beberapa saat, pemandu Myvi itu memberhentikan keretanya di hadapan lori berkenaan sebelum mangsa bertindak keluar daripada kenderaannya.
Ketika mangsa keluar daripada kenderaannya, kelihatan suspek mula takut dan tidak berani membuka pintu walaupun sudah diketuk berkali-kali oleh pemandu Myvi itu.
Difahamkan suspek mungkin berasa takut gara-gara saiz tubuh mangsa yang besar dan tinggi menyamai ketinggian pintu lori itu.
Berdasarkan video yang berjaya dirakam berdurasi 47 saat tersebut berlaku di sekitar ibu kota.
Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai dilihat berpuas hati dengan tindakan yang dibuat oleh pemandu Myvi itu.
"Ini baru King sejati, kalau pemandu lori macam ini kita kasi ajar sahaja," kata Fuad Rahmat.
"Bagus! Turun sahaja pukul pemandu itu, ingat dia ini pandai sangat, kena belasah baru tahu," jelas Kenny Leong.
"Sekali Mike Tyson yang keluar baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah," ujar Steven Tan.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram