[VIDEO] Tak fikir panjang, ibu bertudung terjun 'flying fox' sambil dukung bayi di Kuala Kubu Bharu


  • Tular
  • Sabtu, 12 Nov 2022

Tangkap layar video seorang wanita bersama bayinya sedang melakukan aktiviti flying fox di Kuala Kubu Bharu yang tular sejak Jumaat.

SEJAK akhir-akhir ini dilihat menjadi 'trend' buat orang ramai melakukan aktiviti ekstrem, selain melawat kawasan menenangkan bagi merehatkan minda.

Terbaharu, tular sebuah video di laman sosial Twitter sejak Jumaat memaparkan seorang wanita bersama bayinya sedang melakukan aktiviti flying fox dipercayai di Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit mendukung anaknya dan memakai kelengkapan keselamatan tetapi dilihat tidak mempunyai ciri keselamatan tambahan.

Berdasarkan kapsyen video oleh @My_CrimeWatch di Twitter, memberitahu jika kanak-kanak didedahkan kepada bahaya pihak terlibat boleh dikenakan hukuman denda dan dipenjarakan.

"Akta Kanak-Kanak ada menyatakan sekiranya kanak-kanak didedahkan kepada bahaya yg boleh mengakibatkan kecederaan, pihak terlibat boleh dihukum denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak lebih lima tahun atau kedua-duanya," tulisnya dalam Twitter.

Video terbabit meraih perhatian orang ramai dan rata-rata berpendapat tindakan wanita itu tidak wajar kerana ia mendedahkan bahaya kepada anaknya yang masih kecil.

"Sebab ego mak bapa, nyawa anak dalam bahaya, besar nanti dia main sendirilah," kata @Designedbytuhan.

"Aku orang Kuala Kubu Bharu pun tak berani cuba main benda ini, sebab banyak kali dah kena ban tapi entah macam mana diorang still open balik," jelas @Geminitwins.

"Seram pula aku tengok, tak pasti macam mana dia pasangkan harness kat bayi itu, lainlah kalau rescue mission kakak dan abang bomba yang menyelamatkan mangsa," ujar @BarnAndBrxfast.

Difahamkan, aktiviti terbabit mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Daerah dan JKR menerusi satu dokumen dimuat naik oleh pemilik video.

Belum ada kenyataan rasmi pihak berkuasa dan penganjur aktiviti flying fox berkenaan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram