Jangan terpedaya politik kotor pembangkang — Wee Ka Siong


  • Politik
  • Isnin, 14 Nov 2022

Wee Ka Siong (tiga dari kanan) bersama penduduk berbangsa India di Yong Peng, Johor. — Facebook/Wee Ka Siong

JANGAN terpedaya dengan sentimen perkauman dan politik kotor yang dimainkan pembangkang.

Itu yang ditegaskan Presiden MCA, Datuk Seri Dr wee Ka Siong ketika berucap di Kangkar Bahru, Johor pada Ahad malam .

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

"Saya menyeru orang ramai agar tidak terpedaya dengan sentimen dan politik kotor yang dimainkan kerana ianya berupaya meruntuhkan perpaduan yang kita bina selama ini.

"Saya mengimbau kembali detik pertama saya tiba di Kangkar Bahru. Semangat warga Kangkar Bahru yang berbilang kaum ini amat luar biasa baik dahulu mahupun sekarang," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasmi miliknya.

Ka Siong kemudian menuju ke Yong Peng untuk meraikan Deepavali anjuran bahagian MIC Ayer Hitam bersama Yayasan Yong Peng Makmur.

Katanya, masyarakat India tidak terkecuali daripada menerima manfaat sejak dia menjadi wakil rakyat di Ayer Hitam.

"Baik kebajikan rakyat, pembangunan sekolah mahupun kuil, sentiasa saya utamakan, permudahkan permohonan masyarakat dan melaksanakannya," katanya.

Turut hadir dalam majis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon; Pengerusi MIC Ayer Hitam, Sujendren Subramaniam; Biro Perumahan MIC negeri Johor merangkap Pengerusi MIC Parit Sulong, Kumaran Ramakrishnan dan pemimpin Makkal Sakti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram