TULAR satu rakaman pendek di media sosial yang memaparkan kekecohan yang berlaku dipercayai akibat tindakan seorang lelaki lingkungan umur pertengahan menyerang penduduk lain di Sabah.
Kejadian tersebut dikongsikan seorang warga maya AzwalinVsop di akaun TikTok miliknya.
Dalam video tersebut memaparkan seorang lelaki bergaduh menggunakan alatan berbahaya seperti paip besi ketika menimbulkan kekacauan di kawasan tersebut.
Individu berbaju kuning dan memakai topi itu dilihat memegang senjata tumpul itu dan cuba memukul lelaki lain sebelum pemuda berkenaan melarikan diri.
Orang kampung juga dilihat cuba menenangkan lelaki tersebut dan merampas senjata dari tangannya. Turut kelihatan seorang wanita menjerit ke arah lelaki berkenaan serta cuba menenangkan dirinya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Sabah berdasarkan bendera parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang digantung di salah sebuah rumah di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan punca sebenar pergaduhan itu berlaku.
Selain itu, tinjauan Majoriti mendapat video berdurasi 35 saat itu sudah dipadam oleh pemiliknya.
Namun, sehingga artikel ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram