Hujan lebat punca banjir kilat di Puncak Alam, Meru


  • 112
  • Khamis, 10 Nov 2022

Keadaan beberapa kawasan di sekitar Klang dan Puncak Alam yang dilanda banjir kilat.

HUJAN lebat menyebabkan berlakunya banjir kilat di Meru, Klang, dan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Selangor pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat banjir kilat berlaku di Meru kira-kira pukul 4.15 petang Khamis.

"Kami mendapat maklumat Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan SMK Meru semuanya terjejas akibat air naik laju.

"Sejurus menerima laporan, jentera bomba dan bot dari Balai Bomba Kapar dan Sungai Pinang bersama 13 anggota ke lokasi kejadian," katanya.

Katanya, banjir kilat itu dipercayai berlaku berikutan hujan lebat dan longkang tersumbat di situ.

"Hujan semakin reda sejak itu dan paras air semakin berkurangan. Tiada pemindahan dilakukan setakat ini," katanya sambil menambah anggotanya akan terus memantau keadaan di lokasi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram