(video] Nekad redah 'pak guard', suspek kes rogol rakan sekerja lolos dikejar polis


  • Benua
  • Khamis, 10 Nov 2022

Detik-detik cemas suspek melanggar mangsa yang cuba menghalangnya daripada melarikan diri.

SEORANG pengawai keselamatan mengalami kecederaan serius selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan yang dipandu suspek kes rogol, di India baru-baru ini.

Suspek merupakan pegawai eksekutif kanan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V putih dan cuba melarikan diri daripada ditahan polis atas kesalahan dakwaan rogol.

Berdasarkan video yang tular di Twitter, mangsa cuba menghalang suspek daripada meninggalkan sebuah bangunan tetapi suspek bertindak nekad merempuh pengawal keselamatan itu.

Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.

Menurut laporan media tempatan, Latestly.com, polis berusaha menjejaki suspek yang ketika itu berada di pejabat yang terletak di Noida, India.

“Polis memburunya bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol bekas rakan sekerja.

“Dia bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain,” jelasnya.

Polis kini giat memburu suspek yang dipercayai masih berada di daerah tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram