Usia bukan ukuran, Tun M, Syed Saddiq dan KJ antara calon PRU15 miliki pengikut paling ramai di media sosial


  • Politik
  • Ahad, 06 Nov 2022

Dr Mahathir bertemu dengan penyokongnya sebelum Hari Penamaan Calon pada Sabtu. — Facebook Dr Mahathir

SUARA calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah penting bagi mempengaruhi jumlah undi yang disalurkan kepada mereka.

Pendapat tentang permasalahan rakyat, selain sumbangan terhadap masyarakat bukan sahaja dikongsi secara bersua muka, malah melalui platform media sosial.

33b7987b-f85a-42a5-aa21-36589e326fd8

Sama seperti rakyat biasa, jumlah pengikut di media sosial selalunya menentukan tahap kepopularitian seseorang khususnya ahli politik.

Pengikut yang ramai juga menjadi kayu ukur bagaimana seseorang dapat mempengaruhi orang ramai tidak kira sama ada dalam kalangan peminat mahupun pembenci (haters).

Redes-sociales

Jumlah pengikut di media sosial menjadi kayu ukur kepopularitian seseorang. — Gambar hiasan

Berikut merupakan senarai ahli politik yang memperoleh pengikut teramai di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter:

Facebook

1) Tun Dr Mahathir Mohamad

file7nbtwjv04r53kn1bmi4

Dr Mahathir

Pengerusi penaja Gerakan Tanah Air (GTA) ini menduduki tangga teratas, dalam memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Facebook.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, Dr Mahathir memiliki seramai 3.9 juta pengikut - menewaskan ahli politik tanah air yang lain.

Meskipun sudah dimamah usia 97 tahun, pengaruh beliau dalam kalangan penduduk dunia masih kuat.

WhatsApp Image 2022-11-05 at 5.50.54 PM

Tangkap layar jumlah pengikut Dr Mahathir di Facebook.

Bapa Permodenan ini kekal bertanding di kerusi Parlimen Langkawi atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), sekali gus merupakan calon tertua yang bertanding pada PRU15.

Dr Mahathir akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj; calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah; calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya dan calon Bebas, Datuk Abdul Kadir Sainudin.

2) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

i- Anwar Ibrahim

file7nhc1s1ow82q2f5kosd

Anwar (kanan) ketika Hari Penamaan Calon PRU15 pada Sabtu.

Pengerusi PH ini menduduki tangga kedua, dengan memiliki seramai dua juta pengikut di Facebook.

Meskipun berstatus Ketua Pembangkang, jumlah tersebut membuktikan bahawa pengaruhnya masih lagi kuat untuk orang ramai terus mengikuti perkembangannya.

Pada pilihan raya kali ini, Anwar akan meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang disandangnya pada 2018 dan Presiden PKR itu memilih untuk berdepan pertembungan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Tambun.

Calon lain yang bakal mencabarnya adalah Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN); Abdul Rahim Tahir (Pejuang) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN).

ii- Muhyiddin

file7nhi6pp6a8x1ffpuosd

Muhyiddin (tengah) mempunyai seramai dua juta pengikut di Facebook.

Pengerusi PN ini mempunyai bilangan pengikut yang sama ramai dengan Anwar, iaitu seramai dua juta di Facebook.

Ini membuktikan bekas Perdana Menteri kelapan itu mempunyai persaingan sengit dengan Anwar dari segi pengaruh di media sosial itu.

Muhyiddin atau lebih sinonim dengan panggilan 'Abah' oleh pengikutnya bakal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga penyandang bagi Parlimen itu selama enam penggal bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Beliau akan dicabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Razali Ibrahim yang mewakili BN dan Iskandar Shah bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

3) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

i- Ismail Sabri

file7nhhvj72t2h16vdt8osf

Ismail (tiga dari kiri) bakal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bera.

Perdana Menteri ini tidak kurangnya memiliki pengikut yang ramai di laman Facebook, iaitu seramai 1.6 juta.

Pengaruhnya di plaftorm itu dipercayai disebabkan persembahan ditampilkan ketika menjawat jawatan itu, selain rakyat yang mahu mengetahui tentang perkembangan semasa tanah air.

Pada PRU15, Ismail bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bera menyaksikan pertembungan bersama PN dan PH.

Ismail Sabri mewakili BN, manakala Abas Awang dan Asmawi Harun masing-masing mewakili PH serta PN.

ii- Ahmad Zahid

file7nhhvhyzek012v7f1osf

Ahmad Zahid (dua dari kanan) ketika Hari Penamaan Calon PRU15 pada Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi BN mempunyai jumlah pengikut yang sama ramai dengan Ismail Sabri, iaitu 1.6 juta.

Jumlah berkenaan mungkin tidak terlalu sukar untuk beliau mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk, yang disandangya untuk tempoh lima penggal.

Beliau bakal berdepan dengan calon PN, Dr Muhammad Faiz Na'aman; Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH); serta calon Bebas, Tawfik Ismail.

Instagram

1) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

WhatsApp Image 2022-11-05 at 5.51.20 PM

Tangkap layar jumlah pengikut Syed Saddiq di Instagram.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu menduduki carta teratas apabila memiliki jumlah pengikut Instagram paling ramai dalam kalangan ahli politik.

Meninjau ke laman Instagram beliau, seramai 1.8 juta pengikut berjaya dipengaruhi oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Pada PRU kali ini, Syed Saddiq diumum kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi di Parlimen Muar.

Syed Saddiq yang merupakan penyandang kerusi berkenaan akan berentap dengan calon BN, Helmy Abdul Latif dan calon PN, Abdullah Husin.

2) Tun Dr Mahathir Mohamad

WhatsApp Image 2022-11-05 at 6.00.48 PM

Dr Mahathir hanya mengikuti tujuh akaun Instagram.

Dr Mahathir sekali lagi tersenarai dalam carta, apabila menduduki tempat kedua dari segi memiliki bilangan pengikut Instagram paling ramai di Instagram iaitu 1.5 juta.

Antara yang berminat mengikuti perkembangan Presiden Pejuang itu plaftorm itu termasuk golongan anak muda.

Ini membuktikan bahawa pengaruhnya terhadap anak muda terutamanya golongan Undi18 masih ada, meskipun beliau dianggap pemimpin veteran.

Pada masa sama, beliau bagaimanapun dilihat hanya mengikuti tujuh akaun Instagram termasuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; penyanyi tanah air, Siti Nurhaliza dan Aizat Amdan.

3) Khairy Jamaluddin

file7nhe8a5dzvq2m49oosf

Khairy (empat dari kanan) lengkap berbaju Melayu ketika Hari Penamaan Calon.

Menteri Kesihatan itu berada di tangga ketiga memiliki pengikut Instagram paling ramai iaitu seramai 1.1 juta.

Nama-nama besar seperti Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno; Chef Antarabangsa, Gordon Ramsay; serta Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merupakan antara individu yang menjadi perhatian Khairy di Instagram.

Pada PRU15, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ bakal bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh di bawah tiket Barisan Nasional (BN).

Beliau bakal mengadakan pertembungan dengan tujuh penjuru.

Selain Khairy, enam lagi calon adalah Datuk R Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN); Mohd Akmal Mohd Yusof (GTA); dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia).

Sementara itu, dua calon Bebas adalah Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, dan Nurhaslinda Basri.

Twitter

1) Khairy Jamaluddin

WhatsApp Image 2022-11-05 at 5.49.18 PM

Tangkap layar jumlah pengikut KJ di Twitter.

Pada platform Twitter, KJ menduduki tangga teratas apabila memiliki seramai 2.8 juta pengikut.

Antara nama-nama besar yang berminat mengikuti perkembangan beliau di Twitter termasuk Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Menteri Pertahanan, Hamzah Zainudin; dan pelawak, Harith Iskander.

Berdasarkan pengaruh besar beliau di laman Twitter, kemungkinan besar faktor ini memihak kepadanya untuk memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh adalah tinggi.

2) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq

file7nhg6brte761invlhosd

Syed Saddiq ditemani ibunya ketik Hari Penamaan Calon pada Sabtu.

Kedua-dua pemimpin ini memiliki jumlah pengikut yang sama di laman Twitter, iaitu seramai 1.3 juta.

Ini membuktikan persaingan kedua-duanya di platform itu adalah sengit.

Tambahan pula, Dr Mahathir dan Syed Saddiq antara ahli politik yang dilihat lantang bersuara secara bersua muka dan alam maya.

3) Tan Sri Muhyiddin Yassin

WhatsApp Image 2022-11-05 at 5.58.07 PM

Tangkap layar jumlah pengikut Muhyiddin di Twitter.

Kedudukan Muhyiddin dalam memiliki pengaruh di Twitter jatuh ke tangga ketiga, apabila memiliki pengikut seramai 1.2 juta.

Meskipun PN baharu sahaja ditubuhkan kurang dari tempoh lima tahun, jumlah pengikut pengerusinya sudah cukup kuat bagi mempengaruhi rakyat.

Apatah lagi, nama Muhyiddin semakin popular selepas menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020, yang mana ketika itu pandemik Covid-19 di negara ini berada pada saat paling getir.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan tempoh berkempen selama 14 hari.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 November dan 15 November 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram