POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti enam kesalahan utama yang dijangka berlaku ketika tempoh berkempen dan pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti melibatkan mengoyakkan poster parti atau calon, bergaduh dan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan.
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
“Polis akan melakukan pemantauan terhadap setiap demonstrasi yang dilakukan termasuk penyebaran berita palsu dan dakwaan dalam talian.
“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya kesalahan itu dilakukan semasa pilihan raya,” katanya selepas melawat pusat penamaan calon di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya pada Sabtu.
Individu yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan.
Kata Acryl Sani, polis juga akan mengambil tindakan di bawah undang-undang pilihan raya.
“Antara undang-undang yang boleh digunakan ialah Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan Pilihan Raya 1981,” katanya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram