'Dah berdebu', penyokong tak restu bintang JDT ke Perak FC


  • Podium
  • Sabtu, 05 Nov 2022

Rumours penyertaan pemain HM ini seolah-olah mendapat tentangan daripada segelintir penyokong Perak. — MFL

KHABAR angin berhubung perpindahan pemain ke Perak FC terus hangat diperkatakan ketika ini.

Satu demi satu nama pemain dikaitkan dengan skuad The Bos Gaurus yang kini di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim.

Jika sebelum ini nama Syazwan Andik, bintang JDT yang dipinjam ke Melaka United FC (MUFC) yang kini dikenali sebagai Harimau Melaka disebut-sebut menjadi rebutan, terbaharu seorang lagi pemain kelab gergasi itu turut dikaitkan dengan Perak FC.

Pemain yang dimaksudkan ialah Hasbullah Abu Bakar yang turut 'mencari makan' bersama skuad Hang Tuah pada musim ini seperti rakan sepasukannya itu.

Cuma jika rumours penyertaan Syazwan diterima dengan tangan terbuka, lain kisahnya dengan Hasbullah yang seolah-olah mendapat tentangan daripada segelintir penyokong Perak.

photo1667566535

Antara pemain yang berada dalam radar Perak FC. — Facebook

Pemain berusia 28 tahun yang juga kapten pasukan itu dikatakan kurang menyerlah meskipun sering diturunkan dalam kesebelasan utama MUFC.

"Perak, jangan ambil... dah berdebuuuu," tulis seorang penyokong, Ehfn Mes di laman Facebook Malayantigerfans.

"Dia ni tak bagus," tambah Bereh Sempoi Betta pula.

Di sebalik apapun sentimen penyokong terhadap Hasbullah, pemilihan skuad pastinya dibuat secara bersama oleh pengurusan dan jurulatih.

Selain Hasbullah, Malayantigerfans turut mengaitkan empat lagi nama pemain yang disebut-sebut bakal menyarung jersi TBG.

Salah seorang pemain itu ialah Syukri Baharun yang pernah menjadi topik perbualan hangat apabila dikaitkan dengan tiga pasukan iaitu Penang FC, Terengganu FC dan Perak FC.

1803292

Antara pemain muda yang berada dalam radar Perak FC. — Facebook

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu dikatakan cenderung untuk menyertai Perak FC bagi memperkuatkan bahagian tengah pasukan.

"Menurut sumber, Syukri sepertinya lebih cenderung untuk menyertai Perak," tulis laman Facebook itu.

Malah, ura-ura mengaitkan tonggak Harimau Melaka itu ke skuad Seladang semakin kukuh apabila Mohd Syukri dilihat mengikuti laman Instagram rasmi Perak FC.

Selain itu, tiga lagi nama ialah V Ruventhiran (PJ City FC), Sunil Chandran (PJ City FC) dan Rusdi Roslan (HariniFT).

Setakat ini, dua produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Ilham Aqil dan Harith Naem Jaineh diumumkan sebagai pemain baharu Perak untuk musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram