PRU15: Kecoh di Tenom, penyokong cetus huru hara presiden KDM dihalang bertanding paksa polis lepaskan gas pemedih mata


  • Politik
  • Sabtu, 05 Nov 2022

Tangkap layar kekecohan yang berlaku sewaktu penamaan calon di Tenom, Sabah.

POLIS melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong parti politik yang mencetuskan kekecohan selepas kertas pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony ditolak di pedalaman Tenom, Sabah.

Sekumpulan besar penyokong yang membawa bendera parti dilihat berlari dan menjerit dengan nada marah di luar pusat penamaan calon.

Mereka juga dilihat menolak anggota pasukan keselamatan yang bertugas di tempat kejadian.

PRU15

Pegawai polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang bergaduh dan enggan berundur serta menghentikan kekecohan mereka.

Anthony berjaya berlari ke bahagian tengah dalam keadaan huru-hara.

Salah seorang pembantu Anthony berkata pencalonan Anthony dibantah oleh seorang calon menyebabkan dia tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya.

Dikatakan, Anthony masih cuba berunding dengan petugas pilihan raya untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen Tenom. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram