PRU15: Gabungan 'underdog' GTA boleh bikin kejutan, 'tsunami undi'


  • Politik
  • Khamis, 03 Nov 2022

Sebahagian daripada pemimpin utama parti politik yang bernaung di bawah GTA untuk PRU15.

PENGUMUMAN calon yang bakal bertanding Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) di bawah payung Gerakan Tanah Air (GTA) pada Rabu menarik perhatian pengikut politik tempatan.

GTA mungkin nama baharu dalam arena politik tempatan tetapi parti di dalamnya bukan baharu seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

Rata-rata ahli politik dalam parti ini adalah mereka yang berpengalaman dalam PRU sebelum ini dan sudah terlibat lama dalam kancah politik negara.

Pengumuman calon di bawah GTA oleh Pengerusinya, Tan Sri Dr Mahathir Mohamad menunjukkan yang gabungan parti politik itu mempunyai strategi tersendiri untuk menawan PRU15 nanti.

Penganalisis politik, Dr Syed Agil Alsagoff berkongsi tiga perkara yang dilihat menjadi strategi GTA untuk PRU15:

1801656

Tiga calon popular yang bertanding di bawah payung GTA.

Guna calon popular

Tindakan GTA menonjolkan beberapa tokoh popular seperti Datuk Eizlan Yusof, Ahmad Idham dan Lando Zawawi merupakan satu tindakan yang progresif dalam merancakkan budaya politik tanah air.

Ini mencerminkan kebebasan demokrasi apatah lagi individu itu mempunyai pengaruh dalam kalangan peminat mereka yang menjadi pengundi setempat di kawasan masing-masing.

Namun, populariti sahaja bukanlah ukuran untuk memastikan calon boleh menambat hati pengundi.

Kemahiran, pengalaman, manifesto politik dan keserasian antara calon dengan pengundi di satu-satu kawasan itu memainkan peranan utama dalam meraih kemenangan.

gta-750x375

Parti di bawah GTA mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain.

GTA buktikan kesungguhan, penyatuan parti

Pengumuman GTA mempertaruhkan 121 kawasan untuk dimenangi dalam PRU menunjukkan kesungguhan dan tahap serius gabungan parti itu untuk membina keyakinan serta kepercayaan dalam kalangan pengundi.

Walaupun tidak memiliki akar umbi yang kuat, GTA memperkenalkan manisfesto yang boleh dinilai oleh pengundi sebagai platform politik yang boleh dipercayai.

Menjanjikan perkara-perkara yang realistik kepada pengundi jika menang pilihan raya kali ini.

Satu kelebihan buat GTA ialah rakyatnya mempunyai pilihan untuk mempertaruhkan calon-calon yang benar-benar bersih dan bersedia memimpin masa depan negara.

117326769_10157612409008652_2531108267396838505_o

Kekalahan semua 42 kerusi yang ditandingi Pejuang dalam PRN Johor menjadi pengajaran buat GTA.

PRN jadi medan eksperimen GTA

Tahap kematangan sesebuah gabungan parti berada dalam sesebuah kawasan akan memberikan signifikasi bahawa pengundi selesa, yakin untuk memilih parti mewakili suara rakyat di sesebuah kawasan.

PRU15 kali ini adalah percubaan awal bagi GTA untuk membuktikan kesungguhan mereka mewakili suara rakyat.

Beberapa percubaan mereka di Pilihan Raya Negeri (PRN) juga adalah eksperimen pemula bagi gabungan parti itu untuk menembusi persepsi rakyat terhadap keupayaan GTA memenangi kerusi PRU15. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram