PRU15: PDRM kerah lebih 30,000 anggota, aset dron pantau hari penamaan calon


  • Politik
  • Jumaat, 04 Nov 2022

Pegawai polis menyemak televisyen litar tertutup (CCTV) di pusat penamaan calon Parlimen Puchong, dekat Dewan MPSJ, Puchong, Selangor pada Jumaat.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara, bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, ia melibatkan tugas pemantauan oleh petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.

33b7987b-f85a-42a5-aa21-36589e326fd8

Beliau yang juga Pengarah Operasi PDRM bagi PRU15 berkata, PDRM siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU15 berlangsung.

"PDRM menyeru semua pihak yang terlibat agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram