PRU15: Tindakan Shahidan bukti kepincangan Umno pimpinan Zahid Hamidi — Penganalisis


  • Politik
  • Jumaat, 04 Nov 2022

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (depan, kiri) mengangkat tangan Shahidan Kassim yang diumumkan bertanding di Parlimen Arau atas tiket PN.

KEPUTUSAN Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meneruskan perjuangannya dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) menimbulkan banyak persepsi terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Selepas digugurkan daripada mempertahankan kerusi di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim muncul kembali bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

Kekecewaan yang dizahirkan Shahidan itu juga turut ditunjukkan beberapa pemimpin Umno yang lain.

Antaranya ialah Ketua Umno bahagian Langkawi, Nawawi Ahmad yang menyatakan rasa sedih bila Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memilih calon lain daripada yang dicadangkan.

Ini membuatkan beberapa pemimpin Umno dan akar umbi mula merasakan bahawa penentangan mereka bukan kepada parti, tetapi terhadap Zahid sendiri.

1320160

Ahmad Zahid timbul masalah baharu Umno

Penganalisis politik, Dr Syed Agil Alsagoff berkata, tiada musyawarah dalam parti terutamanya berkaitan calon-calon 'heavyweight' untuk PRU15.

Jelasnya, tindakan terhadap Shahidan dan beberapa pemimpin parti Umno yang lain hanya menimbulkan persengketaan dalaman parti.

"Sesuatu keputusan besar yang hendak dibuat terutamanya melibatkan calon 'heavyweight' perlu ada musyawarah.

"Macam di Kerteh, Terengganu, yang mana Tan Sri Annuar Musa digugurkan. Adakah Annuar akan membantu calon baharu untuk menang?

"Kalau di Kerteh dan Arau, Umno kalah, memang habislah sebab itu adalah kerusi yang sepatutnya dimenangi," katanya.

WhatsApp Image 2022-11-04 at 12.54.21 PM

Pemilihan calon perlu mengelak kekecohan menikam semula parti.

Syed Agil berkata, memang betul, Zahid mahukan peralihan muka-muka baharu dan muda dalam PRU15 kali ini tetapi bila melibatkan kerusi yang kritikal, perlu ada persefahaman bersama.

"Penilaian siapa calon untuk bertanding di kerusi tertentu perlu dibuat teliti untuk elak kekecohan yang akan menikam semula parti.

"Setiap calon perlu dinilai berdasarkan prestasi dan jika sokongannya padu, eloklah dikekalkan.

"Kalau kawasan yang sebelum ini sudah menang dengan majoriti besar, bolehlah dinilai semula untuk menggunakan muka baharu," katanya.

Tetapi apa pun perlu ada perbincangan dengan bahagian kerana mereka yang akan menggerakkan jentera parti.

Rakaman gambar pertemuan Top 5 UMNO. Setiap pertemuan berlaku dengan penuh hurmat dan perbincangan yang terbuka. Persefahaman yang terbit semua berasaskan kepentingan negara dan parti. Desas desus yang mengatakan ujud kluster atau kepimpinan tertingggi berpecah adalah tidak benar sama sekali. pic taken from Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin's FB

Kesetiaan, integriti jadi taruhan

Mengulas lanjut, Syed Agil berkata, satu perkara yang dilihat cukup memberi kesan terhadap Umno atas tindakan Shahidan ini adalah kesetiaan dan integriti.

Apabila tiada persefahaman dalam parti, presiden perlu memainkan peranan penting untuk mengembalikan kestabilan sesama ahli.

"Tindakan Shahidan menunjukkan tiada persefahaman. Kalau nak tukar dia sekalipun, presiden parti kena berunding.

"Presiden perlu tengok risiko kecil atau besar. Setiap peralihan calon untuk mana-mana kerusi perlu dilakukan dengan aman," katanya.

Tambahnya, setiap tindakan presiden adalah untuk memastikan banyak pihak dapat diselamatkan dan misi utama iaitu tidak kalah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram