Pemimpin BN guna tiket PN bertanding PRU15 berdepan tindakan tatatertib


  • Politik
  • Jumaat, 04 Nov 2022

Mahdzir Khalid memaklumkan dua pemimpin itu akan dikenakan tindakan tataterbit oleh Lembaga Tatatertib Umno.

LEMBAGA Tatatertib Umno akan mengenakan tindakan ke atas dua pemimpim Umno yang menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keputusan tersebut dikenakan kepada Penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.

Tindakan kedua-dua itu jelas menunjukkan pelanggaran Perlembagaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

PRU15

"Kepada rakan-rakan yang sudah keluar dan mengikut parti sudah tentu peraturan yang sudah disediakan oleh parti. Kita kira bahawa semua orang tahu peraturan-peraturan yang terkandung atau peraturan yang menjadi perlembagaan kepada BN.

"Kita cakap macam itu dulu sebab kita sekarang ini sedang menghadapi Pilihan Raya tapi semua orang sudah tahu bahawa kedudukan tiap-tiap daripada kita ini, sebab kita adalah ahli BN dan ahli parti dalam komponen BN, memang jelas melanggari," katanya kepada media ketika hadir Program Persembahan Wayang Kulit oleh Masyarakat Siam di Padang Terap, Kedah pada Khamis.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menzahirkan kekecewaan atas tindakan dua pemimpin terbabit.

Kedua-dua bekas anggota Kabinet itu sebelum ini yang masing-masing merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mreka menang kerusi masing-masing pada PRU14 dengan menggunakan tiket BN.

Pada Khamis, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat pengumuman mengejutkan itu ketika hadir di Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu bagi PRU15 di Marang, Terengganu pada Khamis.

Terdahulu kedua-dua mereka digugurkan dari senarai calon mewakili BN seperti yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

BN menamakan Datuk Rozabil Abdul Rahman sebagai calon di Parlimen Arau manakala Datuk Seri Shahaniza Shamsudin bagi Parlimen Maran.

Untuk rekod, pada PRU14, Shahidan menang di Parlimen Arau dengan majoriti 4,856 menewaskan Datuk Dr Abd Rahman Daud (PKR) dan Hashim Jasin (PAS).

Sementara Abdul Muttalib menang di Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 sekali gus mengetepikan Hasenan Haron (PAS) dan Ahmad Farid Ahmad Nordin (PKR). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram