
TIDAK mahu bertanding di kawasan yang sama dengan abangnya didakwa menjadi sebab pendakwah popular Datuk Mohammad Kazim Elias memutuskan untuk menarik diri sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Menurut sumber, abang Kazim yang juga bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau di bawah kawasan Parlimen Larut untuk Bersatu.
"Menariknya, dia (Kazim) tidak mahu berada dalam situasi menentang abangnya," kata sumber.
Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan penarikan di calon Barisan Nasional di Parlimen Larut.
Mohammad Kazim digantikan oleh jurutera petroleum, Mohd Shafiq Fahadly Mahmud.
Adik Mohammad Kazim, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias akan bertanding di Batu Kurau. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram