
DATUK Seri Shahidan Kassim yang digugurkan daripada senarai calon Umno Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah tidak sesuai untuk PRU kali ini.
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Shahidan seorang yang bagus tetapi tempoh msanya telah berlalu.
"Parti memutuskan untuk menggantikan Shahidan dengan calon lain selepas mengambil kira keperluan pengundi tempatan di Perlis," katanya pada Rabu.
Pengumuman calon Barisan pada Selasa menyaksikan Shahidan digugurkan sebagai calon di Parlimen Arau dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.
Terdahulu, media melaporkan Shahidan mengakui masih berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau walaupun terpaksa menggunakan 'tiket' parti lain.
Shahidan yang juga Ketua Umno Bahagian Arau berkata, beliau menerima banyak tawaran daripada parti lain tetapi masih belum memuktamadkan untuk menyertai mana-mana parti.
Sementara itu, calon Perikatan Nasional Arau dikosongkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Perikatan Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, nama calon bagi kerusi Parlimen Arau dikosongkan pada saat-saat akhir, kerana rundingan di peringkat persekutuan dengan Shahidan masih belum dimuktamadkan.
"Ya, memang ada rundingan dengan dia (Shahidan). Semuanya bermula apabila kami bertemu secara kebetulan di lapangan terbang Isnin lalu," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram