[VIDEO] Tangan tentera Rusia ‘bersepai’, bom dipegang ditembak askar Ukraine


  • Benua
  • Rabu, 02 Nov 2022

Tangkap layar tentera Rusia yang maut akibat bom tangan yang dipegangnya dibedil oleh askar Ukraine.

SEORANG tentera Rusia meninggal dunia dalam keadaan tragis apabila dia bukan sahaja kehilangan tangan, malah badannya turut ditembak beberapa kali.

Kejadian itu berlaku apabila beberapa tentera Rusia berjaya ditawan askar Ukraine.

Sebilangannya mengangkat kedua-dua tangan sebagai tanda menyerah diri, namun difahamkan ada seorang tentera mengancam untuk membaling bom tangan.

Sebaik sahaja menyedari perkara itu, askar Ukraine melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Tidak kurang itu, bom tangan yang cuba dilontarkan juga turut ditembak oleh askar Ukraine sehingga menyebabkan ia meletup di tangan mangsa.

Kejadian malang itu dirakam oleh kamera yang diletakkan di badan askar Ukraine.

Bagaimanapun letupan bom tangan itu tidak dapat dirakam kerana mangsa berada kira-kira 100 meter dari tempat askar Ukraine itu berdiri.

Berdasarkan rakaman itu juga dilihat askar Ukraine itu menghampiri mangsa dan menembaknya beberapa kali.

Difahamkan perkara tersebut dilakukan bagi memastikan mangsa tidak lagi bernyawa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram