[VIDEO] Tiga kenderaan bertembung, remaja perempuan dan nenek terperosok bawah kereta


  • Benua
  • Rabu, 02 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan keadaan kereta Mazda yang dipandu seorang wanita rosak selepas kemalangan di Singapura.

DUA wanita dan seorang remaja cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Yishun, Singapura, pada Rabu.

Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 2.45 petang yang melibatkan dua kereta, sebuah motosikal dan dua pejalan kaki.

Rakaman video itu memaparkan orang ramai membantu seorang nenek dan seorang remaja yang terperosok di bawah kereta jenis Mazda.

Seorang lagi wanita pertengahan umur dilihat sudah dibantu dan dalam keadaan trauma.

Keadaan nenek berusia 64 tahun itu dilihat berlumuran darah di bahagian muka.

Kesemua mangsa segera dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dan Klinik Wanita dan Kanak-kanak.

Menurut pihak Singapura, siasatan masih dijalankan dan punca kejadian belum diketahui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram