Wanita maut ditembak rakan sekerja sebab berulang kali enggan beri pinjam wang


  • Benua
  • Rabu, 02 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan Nicole Hammond sebelum kejadian dia ditembak rakan sekerjanya.

SEORANG wanita dibunuh hanya kerana tidak mahu meminjamkan wang kepada rakan sekerjanya di St. Cloud, Amarika Syarikat pada 24 Oktober lalu.

Menurut laporan People, mangsa, Nicole Hammond berusia 28 tahun mati ditembak oleh suspek, Michael Carpenter dan ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta.

Kejadian ini dipercayai berpunca akibat keengganan Nicole untuk meminjamkan wang kepada Michael yang dipercayai berulang kali meminta bantuan kewangan tersebut.

Hasil siasatan polis mendapati, Michael Carpenter, berusia 36 tahun merupakan suspek utama dalam kejadian itu.

Menurut laporan polis, pada malam sebelum Nicole dibunuh, mangsa memberikan mesej kepada Michael yang memaklumkan dia tidak mahu terlibat dan memberikan apa-apa bentuk pinjaman.

Polis menemukan mangsa dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 7 pagi. Mangsa didapati maut di tempat kejadian.

Michael kini ditahan di Penjara Benton County dan akan didakwa di mahkamah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram