Setia bersama The Rhinos, 5 sebab orang kuat Sabah FC dianggap hero sebenar


  • Podium
  • Selasa, 01 Nov 2022

Marzuki dianggap sebagai pengurus luar biasa apabila berjaya membawa Sabah FC ke peringkat yang lebih tinggi dalam arena bola sepak tanah air musim ini. — Gambar Facebook/SabahFC

BAGI peminat sukan bola sepak tanah air, nama Ahmad Marzuki Nasir bukanlah asing lagi terutamanya bagi penyokong bola sepak Sabah FC.

Figura yang berasal dari Semporna, Sabah ini boleh dianggap sebagai orang penting dalam kejayaan skuad Sang Badak dalam Liga Super musim ini.

Marzuki dianggap sebagai pengurus luar biasa bagi penyokong-penyokong skuad The Rhinos apabila berjaya membawa pasukan ke peringkat yang lebih tinggi dalam arena bola sepak tanah air.

Sumbangannya itu berjaya mencuri perhatian peminat tegar pasukan sehingga menjulang namanya dalam memastikan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee menamatkan saingan liga di kedudukan ketiga Liga Super musim ini.

Pujian itu dapat disaksikan dengan seorang penyokong Pro Sabah Fc berpendapat Marzuki merupakan tulang belakang di sebalik perubahan yang dialami Sabah FC.

312119545_3366415006938942_5834273345701222922_n

Skuad The Rhinos berada di kedudukan ketiga Liga Super musim ini. — Gambar Facebook/SabahFC

"The true hero. Mungkin ada yang tidak kenal tapi ini adalah individu yang banyak berusaha mengubah untuk menaikkan imej Sabah FC.

"Bermula dari 2021, beliau telah diberi mandat untuk mengurus pasukan Sabah FC, yang mana pada masa itu pasukan skuad Sang Badak hampir tersingkir dari Liga Super.

"Banyak dugaan telah mendatang pada pasukan Sabah FC, tetapi beliau berjaya untuk menyelesaikannya," tulisnya.

Tambahnya lagi, pengurus pasukan itu berani mengambil risiko dengan membawa masuk pemain yg berkualiti ke dalam pasukan Sabah FC walaupun pelbagai tomahan dilemparkan pada tahun ini.

"Pada 2022, 360 darjah perubahan berlaku. Sehingga pada masa ini pasukan Sabah FC berjaya berada pada kedudukan tempat ketiga dalam carta.

"Terima kasih tuan pengurus Marzuki," katanya.

Pujian itu turut disokong seorang lagi penyokong Sang Badak, Abdul Rahman yang berasakan keputusan Marzuki buat pasukan sering membuahkan hasil.

"Disebabkan gabungan dia dengan jurulatih, pemain yang dipilih dan kebajikan pemain pengawai dijaga mesti boleh berjaya. Saya harap boleh cabar Johor Darul Takzim (JDT) tahun depan walaupun saya anak jati Sarawak tapi kalau pasukan dari Borneo tetap saya sokong," tulisnya.

Bagi Darian pula, tugas Marzuki bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila skuad Sang Badak bukanlah pasukan yang mempunyai struktur kewangan yang kukuh.

"Tahniah, bukan mudah mengurus sebuah pasukan. Apa lagi bila melibatkan kewangan yang cukup besar. You are not alone, terbaik," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peminat Cornelius Fran pula berharap agar Marzuki terus memajukan pasukan bola sepak Sabah musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram