[VIDEO] Orang kuat filem kantoi curang tergamak rempuh, gilis isteri


  • Benua
  • Isnin, 31 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan insiden rempuhan yang berlaku.

SEORANG penerbit filem Bollywood ditahan polis selepas merempuh isterinya dalam kejadian di Mumbai, India pada Jumaat.

Menurut laporan NDTV, penerbit filem Dehati Disco dikenali sebagai Kamal Mishra itu merempuh isterinya selepas wanita itu menyedari dia bersama wanita lain di dalam keretanya.

"Penerbit filem terbabit telah ditahan di rumah sekitar Andheri, India sebelum dibawa ke Balai Polis Amboli untuk tindakan lanjut.

"Penahanan lelaki tersebut dilakukan selepas pihak berkuasa menerima laporan polis yang dibuat mangsa," katanya.

Tambah NDTV, kejadian berlaku selepas mangsa terjumpa suaminya di kawasan tempat letak kereta berhampiran rumahnya bersama wanita lain sebelum cuba bersemuka.

"Bagaimanapun, Kamal yang menyedari kehadiran isterinya bertindak merempuh wanita berkenaan untuk melarikan diri.

"Rempuhan tersebut menyebabkan wanita berkenaan cedera pada kaki, tangan dan kepala. Penerbit filem itu sudah ditahan pada pagi Sabtu untuk tindakan lanjut," jelasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram