Serbuan kelab malam di ibu kota, Jawi tahan 20 mak nyah


  • 112
  • Ahad, 30 Okt 2022

Serbuan dilakukan pada pukul 10 malam Sabtu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan seramai 20 lelaki kerana berpakaian seperti wanita ketika serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Sultan, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam dalam operasi bersama polis, Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"20 orang tersebut, berusia daripada 22 hingga 34 tahun, turut ditahan Jawi di bawah Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

"Selain daripada berpakaian wanita, mereka turut berkelakuan seperti wanita," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Siasatan pihak berkuasa mendapati terdapat 53 lelaki dan sembilan wanita di premis tersebut.

“Kami turut menahan dua lelaki berusia 27 dan 29 tahun yang didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

"Kami akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan ke atas kelab-kelab. Kami juga akan memantau aktiviti yang tidak mematuhi undang-undang," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram