Habis keluar suara kudrat jantan, pondan bergocoh sesama sejenis di Sabah


  • Tular
  • Isnin, 12 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan mak nyah bergaduh di Sabah.

SATU video tular yang dimuat naik di aplikasi TikTok sejak Isnin menunjukkan sekumpulan mak nyah bergaduh di luar sebuah premis dipercayai di Sabah.

Apa yang menarik perhatian dalam video dimuat naik almuazzamalmuzhafar tersebut ialah aksi mereka yang bergaduh dan menjerit sehingga keluar suara jantan masing-masing di sebalik imej pemakaian seperti wanita.

"Pondan Tawau Vs Pondan Semporna viral bos ku. Risau aku peranakannya gugur bha," tulis kapsyen dalam video tersebut.

Klip video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan mak nyah itu dipercayai dirakam individu lain yang turut berada di lokasi kejadian.

Sebelum kejadian, kelihatan sekumpulan pondan itu dilihat berkumpul di luar premis sebuah kedai sebelum salah seorang mak nyah yang berbaju hitam secara tiba-tiba menjerit dari arah luar dan terus meluru memukul seorang lagi pondan di luar premis berkenaan.

Kejadian itu menjadi semakin panas setelah salah seorang daripada mereka membuat provokasi sehingga tercetusnya aksi tolak-menolak dan tampar-menampar dalam kalangan mereka.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati hingga mencetuskan pergaduhan.

Insiden itu dipercayai berlaku di Sabah berdasarkan komen yang ditinggalkan warganet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pergaduhan di kalangan mak nyah itu mencuit hati warganet.

Bagi TunTe, walaupun pergaduhan itu nampak lucu tapi boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius.

"Cara dia tampar dan tolak itu kasar, boleh cedera parah. Memang nampak macam perempuan tapi kena ingat kudrat dia lelaki," tulisnya.

Selain itu, Gemini Gurl berkata, kedua-dua mak nyah itu nampak cantik tapi bila bersuara terus menjadi lucu.

"Cantik dah cantik tapi keluar terus suara jantan," katanya.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berkenaan kejadian tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mak Nyah, Pondah Bergaduh, Sabah, Tawau, Semporna