SEORANG pelancong dari India mengalami kerugian wang tunai lebih daripada RM1,400 (12,000 baht) setelah dirompak dua orang mak nyah pada Rabu.
Kejadian itu berlaku di kawasan Pattaya Walking Street, Bangkok, Thailand.
Menurut mangsa yang dikenali sebagai Vishal Vajbhaw, 33, insiden rompakan itu berlaku pada pukul 1.30 pagi ketika kedua-dua transgender itu mendekatinya bagi menawarkan perkhidmatan seks.
Dia kemudiannya menolak tawaran tersebut dan cuba beredar dari tempat kejadian.
Namun, kedua-dua mak nyah itu enggan melepaskan dan terus memaut mangsa.
Vishal juga mendakwa dia turut diraba sebelum suspek meminta dia menyerahkan semua wang miliknya.
Dia mendapati dompetnya hilang dan kesemua wang berjumlah kira-kira RM1,400 turut lesap.
Polis menerima aduan mangsa untuk tindakan lanjut. Mereka berkata, rakaman kamera keselamatan di kawasan itu akan diperiksa untuk mengenal pasti dan mengesan suspek. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram