SABAN hari, kita sering disajikan dengan isu pergaduhan sehingga ada yang sampai meragut nyawa.
Malah, ada di antara individu atau kumpulan yang sanggup terlibat dalam pergaduhan ini tanpa rasa gentar bergaduh di tempat awam.
Ada juga yang bersifat bacul membawa 'geng' memukul atau memulakan pergaduhan dengan individu tertentu.
Terbaharu, tular satu video di Twitter memaparkan dua lelaki dilihat membelasah seorang pemuda di tempat awam.
Rakaman video dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Selasa malam itu dimuat naik ke dalam satu laman Twitter nan manjoi8715.
"Ini mesti berebut nak bakar mercun agaknya. Tiada info lanjut," ciapnya.
Berdasarkan rakaman video tersebut, kelihatan dua orang lelaki melepaskan beberapa tumbukan pada mangsa sebelum keadaan menjadi lebih tegang.
Pergaduhan itu menjadi semakin tidak terkawal apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan mula bertindak ganas dengan memukul mangsa menggunakan topi keledar di tengah jalan raya tersebut.
Akibat daripada hentakan topi keledar itu, mangsa terus tersembam jatuh ke atas jalan raya.
Video berdurasi 12 saat itu dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan mendapat lebih 10,000 tontonan setakat ini.
Namun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku dan belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram