TIADA tempat yang lebih baik untuk mencari ketenangan dan kedamaian melainkan di rumah ibadah. Ia merupakan tempat yang mendekatkan diri kita dengan tuhan selain daripada berdoa meminta pengampunan yang Maha Esa.
Seharusnya tempat beribadah dimanfaatkan dengan kegiatan keagamaan dan tidak dicemari dengan perbuatan jijik.
Terbaharu, tindakan dua lelaki yang didakwa pasangan sejenis mengundang amarah warga maya selepas perbuatan jelik mereka tular di media sosial pada Selasa malam.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik halaman Facebook Netizen Kuala Langat, dua orang lelaki homoseksual dilihat sedang asyik bermadu asmara di ruang solat sebuah surau.
"Celakaa. Buat benda terkutuk dalam surau Pekan Banting, Selangor.
"Ini perbuatan yang sangat hina! Bahkan jijik!," tulisnya.
Kejadian itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di surau berkenaan.
Melalui rekod pada CCTV itu, kejadian itu berlaku pada pukul 4.19 petang Selasa.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki dilihat sedang meraba dan mencium seorang lagi pemuda yang sedang solat.
Dia turut dilihat menggosok alat sulitnya dan memeluk pemuda berkenaan.
Turut kedengaran, suara seorang lelaki yang marah dengan tindakan mereka.
"Kau tengok yang besar itu, cium mulut tu.
"Siap nak buka seluar lagi. Apa perangai macam ini, carilah perempuan," katanya.
Pasangan gay tersebut beredar daripada surau berkenaan selepas perbuatan jijik mereka itu disedari salah seorang ahli surau berkenaan.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kes tersebut setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram