BARU sahaja reda kisah seorang ibu sanggup memukul anaknya menggunakan sebuah meja pada September lalu, warganet dikejutkan sekali lagi kisah penderaan seorang kanak-kanak lelaki yang dilakukan ayah kandungnya.
Kisah malang itu dikongsikan oleh ibu kanak-kanak tersebut melalui akaun Instagram _wnameera selepas tidak sanggup melihat anaknya dipukul lelaki berkenaan.
"Alhamdulillah settle dah kes anak mama. Mama memang sedih bila keadaan awak jadi macam ini.
"Jangan risau mama sudah uruskan 'binatang' itu dekat dalam. Lama dah mama sabar dengan si s**l itu. Jangan risau mama sentiasa ada dengan anak mama, mak mana yang sanggup tengok anak macam ini.
"Sampai aku mati, aku tak kan lupa apa kau buat dengan anak aku. Lama aku simpan aib kau tahu p*****k.
"Ini kali aku bagi habis, aku dah tak ada fikir muka sesiapa. Berbahagialah kau dekat sana nanti. Jangan ingat kau keluar kau boleh jumpa anak kau. Sampai bila-bila dendam aku tidak akan habis," katanya.
Wanita itu turut berkongsi satu tangkap layar rakaman suara yang dihantar oleh lelaki tersebut.
Dalam rakaman suara itu, kedengaran individu itu sedang memukul anak mereka sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
"Weh, dia (anak) ini p*****k kau tahu tak. Sakit tak?
"Anak kau ini sial kau tahu tak. Aku 'libas-libas' sahaja dia ini. Aku tengah baring, dia boleh buka pintu pulak," kata lelaki berkenaan kepada anaknya.
Pada masa sama, turut kedengaran suara budak malang itu mengadu kesakitan namun terus dipukul oleh ayahnya.
Difahamkan, budak lelaki itu dipukul hanya kerana mangsa membuka pintu ketika ayahnya sedang berbaring.
Menurut wanita itu lagi, dia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan kes penderaan tersebut.
Tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar kejadian itu berlaku.
Pihak Majoriti kini sedang cuba menghubungi ibu mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram