[VIDEO] Ramai teruja baca akhbar premium Majoriti 7


  • Massa
  • Jumaat, 21 Okt 2022

Akhbar premium Majoriti 7 menyajikan pelbagai kandungan menarik untuk pembaca.

PELANCARAN akhbar mingguan premium Bahasa Melayu pertama di Malaysia iaitu Majoriti 7 pada Khamis mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan pembaca di sekitar Lembah Klang.

Rata-rata kagum dengan kualiti dan kandungan yang disajikan dalam akhbar yang diterbitkan secara mingguan tersebut.

Salah seorang pembaca, Hanis Mohd Noor Hayat, 32, berkata, kandungan berita yang disajikan dalam Majoriti 7 bertepatan dengan cita rasa umum.

WhatsApp Image 2022-10-21 at 4.47.04 PM

Hanis Mohd Noor Hayat.

"Kita dapat lihat kualiti kandungan berita yang disajikan amat bertepatan dengan cita rasa umum, banyak segmen menarik seperti komuniti, inspirasi dan stail yang semestinya akan memberikan pengalaman baharu kepada pembaca.

"Penggunaan kertas jenis glossy ini juga sudah menunjukkan kualiti serta kandungan berita yang akan disampaikan," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2022-10-21 at 4.47.03 PM

Marylyn Michael@Bibie (kanan) bergambar bersama warga kerja restoran Chef Wan cawangan pusat beli-belah KL East di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Penolong Pengurus Restoran Chef Wan di pusat beli-belah KL East, Marylyn Michael@Bibie berkata, akhbar Majoriti 7 mendapat sambutan menggalakkan sejak ia dilancarkan.

"Sejak dilancarkan pada Khamis, pelanggan kami sudah mula tertarik dengan akhbar Majoriti 7 ini.

"Kebanyakan pelanggan akan membaca akhbar ini sementara menunggu makanan mereka sampai dan rata-rata memuji akhbar Majoriti 7.

"Ramai yang kagum dengan kandungan berita yang disajikan termasuk ada yang memuji kualiti kertas yang sudah semestinya berbeza dengan akhbar lain," jelasnya.

Bagi Nurhanim Mohamed Noor, 30, Majoriti 7 mempunyai karakter dan berada di kelas tersendiri.

"Saya kagum dengan Majoriti 7 kerana setahu saya tiada lagi akhbar seperti ini yang berada di pasaran tempatan.

WhatsApp Image 2022-10-21 at 4.47.04 PM (1)

Nurhanim Mohamed Noor bergambar bersama akhbar Majoriti 7.

"Pada pendapat saya, Majoriti 7 kelihatan seperti surat khabar namun mempunyai karakter seperti sebuah majalah.

"Kandungan berita juga amat menarik kerana pelbagai informasi berharga dapat diperolehi. Tahniah kepada seluruh warga kerja Majoriti 7 yang bertungkus lumus menyediakan pengalaman baharu untuk orang ramai," katanya.

Majoriti 7 merupakan sebuah akhbar yang menjadi platform baharu menghubungkan pembaca kepada pengiklan premium, penerbitan secara mingguan.

Akhbar ini boleh diperoleh pada setiap Khamis di kafe Starbucks dan restoran Chef Wan 1958 terpilih.

Akhbar Majoriti 7 juga boleh didapati di cawangan 7-Eleven terpilih mahupun PETRONAS Mesra di sekitar Lembah Klang dengan harga RM8 bagi setiap naskhah.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram