SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) diadakan pada 19 November depan
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon pula akan diadakan pada 5 November depan dan hari mengundi awal akan diadakan pada 15 November.
"Tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.
"Seramai 21,173,638 pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada Pilihan Raya Umum kali ini melibatkan 222 kerusi Dewan Rakyat.
"Sementara itu bagi kerusi Dewan Negeri melibatkan 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.
"Pada masa yang sama, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 9,536 buah dengan 39,318 tempat mengundi.
Tambahnya, jumlah kos keseluruhan PRU15 dan PRK Sabah dianggarkan memerlukam peruntukan sebanyak RM1.01 bilion. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram