Heboh konon ahli Keadilan disyaki ejen Mossad, 'Segalanya modal sampah PRU15'


  • Politik
  • Rabu, 19 Okt 2022

Pasangan suami isteri yang didakwa terlibat sebagai ejen Mo

KECEKAPAN pihak polis menyelamatkan seorang lelaki warga Palestin yang diculik oleh sekumpulan individu pada 28 Septerber lalu wajar diberi pujian.

Perkara itu bukan sahaja memberi imej positif kepada tahap keselamatan negara, tetapi turut mematahkan usaha ejen rahsia luar negara untuk bertapak di tanah air.

Suspek terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 42 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur minggu lalu merupakan suspek kes penculikan bagi mendapatkan maklumat mengenai perisian untuk menggodam telefon bimbit.

Kesemua mereka disyaki ejen Mossad iaitu badan perisikan milik Israel yang dikatakan organisasi rahsia paling efektif di dunia.

Untuk rekod, tujuan awal ditubuhkan pada 13 Disember 1949, Mossad berfungsi sebagai lembaga pengurusan pusat ketika pembentukan Israel di Palestin.

Bukan sahaja kes itu menarik seperti babak dalam filem aksi perisikan, pasangan suami isteri yang juga suspek juga dikatakan ahli Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

majoriti2022 (4)

Pasangan suami isteri yang didakwa di mahkamah dikatakanahli PKR mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Perkara itu bagaimanapun dibantah Ketua Penerangan Keadilan, Fahmi Fadzil yang mengatakan dua individu yang ditahan, Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan bukan anggota parti.

Dakwaan itu timbul apabila pasangan suami isteri itu kerap dilihat memuat naik gambar memegang bendera parti politik terbabit ketika berada di luar negara seperti United Kingdom dan Perancis.

Tidak kurang daripada itu kedua-duanya memuat naik gambar bersama logo Keadilan di Facebook pada tahun 2018.

Memetik perkongsian di Facebook, Friends of MB Terengganu, yang meluahkan rasa kesal apabila ada rakyat tempatan yang sanggup memperjudian kedaulatan negara kerana wang ringgit.

“Disebabkan RM120,000 jadi pengkhianat kepada agama. Sekumpulan warga tempatan, Melayu, Islam. Mereka juga merancang dan menculik seorang lagi pakar kompular Briged Al-Qassam Palestin,” katanya.

Sementara itu, pengguna media sosial Mahanan RS mengkritik tindakan suspek yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah.

majoriti2022 (8)

Tangkap layar komen pengguna media sosial mengenai pasangan suami isteri yang dikatakan ahli PKR sebagai konspirasi politik.

“Undang-undang negara akan menjadi lemah dan rasuah kalau pentadbiran di bawah sebuah parti yang kleptokrat yang anda semua tahu,” katanya.

Tidak kurang daripada itu, ada juga pandangan yang mengatakan ini semua sebahagian daripada agenda politik memandangkan negara menghampiri Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Drama apa ciptaan Umno ni, jangan jejaskan kebijaksanaan orang lain,” kata M Emir Faridz.

“PKR atau PH mesti lebih waspada PRU semakin hampir musuh tiada modal untuk serang. Kemungkinan pelbagai fitnah akan direka untuk menahan kemaraan PH,” kata Jamaludin Ahmad.

“Modal sampah musim PRU. Harga barang tak terkawal, ringgit jatuh, agama dipermainkan dan lain-lain tak selesai. Lemah,” kata Innocent Prince.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram