TERLALU awal untuk Barisan Nasional (BN) memutuskan mana-mana rakan politik untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN perlu menunggu keputusan pilihan raya sebelum membuat sebarang pertimbangan.
"Kita perlu tunggu keputusan PRU15, selepas itu kita akan putuskan perkara itu.
"Biarlah kita menyeberangi jambatan dahulu, barulah keputusan dibuat," katanya.
Menurut Ismail Sabri, paling penting ialah BN berjaya memperoleh kerusi parlimen yang mencukupi untuk membolehkan mereka membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Selepas itu, apabila kita tahu keputusannya, kita akan membuat keputusan demi kepentingan negara.
"Satu lagi perkara penting ialah kita mahu kerajaan yang stabil," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram