Pengundi muda 10.6 juta bakal penentu kerajaan menjelang PRU15


  • Primer
  • Khamis, 20 Okt 2022

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Khas Urusan PRU15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah di Menara SPR pada Khamis. — Bernama

SERAMAI 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara akan turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Menurut statistik yang dikeluarkan SPR, 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun.

Jumlah umur pengundi tertinggi antara 30-39 tahun melibatkan seramai 4,681,348 orang.

Negeri dengan jumlah pengundi tertinggi pula ialah di Selangor iaitu sebanyak 3,688,848 pengundi diikuti Johor (2,593,562) dan Perak (2,005,362).

Bilangan pengundi muda berkenaan adalah 50.4 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi pada PRU kali ini iaitu 21,173,638 orang.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menetapkan tarikh 19 November sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Abdul Ghani berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November.

Katanya, tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram