Tiga trend eksploitasi hutan punca bala bencana di Semenanjung Malaysia


  • Massa
  • Isnin, 17 Okt 2022

Bencana dijangka lebih buruk berlaku sekiranya isu kemusnahan hutan tidak ditangani dengan baik.

KEMUSNAHAN hutan akibat kegiatan manusia yang tamak meneroka sumber alam tanpa batasan sejak sekian lama menyebabkan bumi seolah-olah bangkit meluahkan kedendaman.

Penerokaan hutan secara haram tanpa kawalan menyebabkan kehijauan rimbunan bukan lagi satu keindahan, nikmat menghirup udara tidak lagi sesegar 100 tahun dahulu.

Mengikut laman web rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, kawasan berhutan di negara ini pada 2020 dilaporkan seluas 5.69 juta hektar (HA) manakala hutan simpanan kekal seluas 4.81 HAberbanding tahun 2019, 5.73 HA (kawasan berhutan) dan hutan simpanan kekal 4.81 HA manakala pada 2018 kawasan berhutan seluas 5.76 HA serta hutan simpanan kekal 4.80 HA.

Bukan sahaja keluasannya semakin mengecil malah ratusan nyawa telah menjadi korban akibat bencana alam yang berlaku sejak kebelakangan ini.

WhatsApp Image 2022-10-17 at 11.16.36 AM

Kawasan hutan yang ditarah menyebabkan berlaku bencana alam.

Bermula dengan hujan lebat sebelum berlakunya banjir besar pada 18 Disember 2021 yang menyebabkan ribuan kenderaan terkandas dan terputus hubungan di kawasan tumpuan orang ramai di Lembah Klang sehinggalah fenomena kepala air yang menggemparkan negara pada 4 Julai 2022.

Bertalu-talu bencana alam yang berlaku dengan pelbagai kisah sedih terpampang di dada berita, hero dalam kalangan rakyat muncul satu persatu membantu antara satu sama lain.

maxresdefault

Salah seorang hero dikenali sebagai Abang Viva yang giat membantu rakyat ketika kejadian banjir baru-baru ini.

Pandemik Covid-19 bukan sahaja menjadi tamparan hebat buat rakyat yang mahu bangkit malah kejadian bencana alam yang berlaku tanpa amaran menyebabkan air mata bukan lagi satu kesedihan.

Kejadian tersebut mula membuka mata banyak pihak betapa pentingnya menjaga bumi yang dipinjamkan ini. Tenatnya alam bukan kerananya tapi akibat kerakusan manusia mencari keuntungan di segenap penjuru.

1506081

Kejadian banjir kilat yang berlaku pada 18 Disember 2021 di Lembah Klang.

Pelbagai spesies flora dan fauna semakin pupus, haiwan liar terpaksa 'melata' sehingga mengganggu penempatan manusia akibat terpaksa keluar dari habitat asal mencari makanan.

Mendedahkan kepada Majoriti, Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, terdapat tiga jenis eksploitasi sumber hutan yang berlaku di Semenanjung Malaysia terutamanya melibatkan kawasan berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK).

"Antaranya melibatkan pelaksanaan pembangunan ladang monokultur atau lebih dikenali sebagai ladang hutan.

"Selain itu, terdapat juga pelaksanaan lain-lain kegiatan walaupun tanah masih berstatus HSK dan pemansuhan status HSK sama ada melibatkan sebahagian atau keseluruhan," katanya.

WhatsApp Image 2022-10-17 at 10.51.24 AM

Meor Razak Meor Abdul Rahman.

Kata Meor, ketiga-tiga trend eksploitasi sumber hutan tersebut boleh menyebabkan fungsi kepelbagaian hayat hutan terjejas.

"Ia juga memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara.

"Malah ketiga-tiga trend eksploitasi sumber hutan tersebut tidak selari dan bercanggah dengan beberapa dasar, ketetapan dan peruntukan undang-undang sedia ada," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram