SEORANG penceramah bebas yang juga juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki berusia antara 16 dan 17 tahun pada Rabu.
Mengikut kertas pertuduhan yang diperoleh Majoriti, tertuduh, Azman Syah Alias atau dikenali sebagai PU Azman yang berusia 41 tahun telah melakukan amang seksual fizikal ke atas dua remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang lagi mangsa 16 tahun dengan cara menyentuh kemaluan mangsa di dalam sebuah tandas.
Kejadian dilaporkan berlaku di sekitar Taman Tiara Sendayan, Nilai, Negeri Sembilan pada 6 Julai 2022 antara pukul 3 hingga 5 pagi.
Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta hukuman sebat.
Terdahulu, selebriti tersebut ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur. — Majoriti
MENYUSUL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram