Polis Sentul selesaikan kes culik dalam tempoh 12 jam


  • 112
  • Khamis, 13 Okt 2022

Mangsa (duduk) berjaya ditemui polis dalam tempoh 12 jam.

POLIS berjaya menyelesaikan satu kes culik melibatkan seorang lelaki warga asing dalam tempoh 12 jam di Jalan Sentul Indah, Kuala Lumpur pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung melarikan mangsa pada Ahad pukul 12.04 pagi.

"Siasatan mendapati, beberapa suspek warga tempatan dan asing dipercayai terlibat dalam kes ini.

"Punca kejadian disebabkan mangsa yang berusia 45 tahun dituduh berhutang dengan salah seorang suspek sebanyak RM25,000.

"Suspek telah meminta wang tebusan sebanyak RM40,000 daripada keluarga mangsa namun tidak dibayar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kata Eng Lai, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan dua lelaki warga asing berusia 34 dan 43 tahun di sebuah rumah di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad pukul 12.15 tengah hari.

"Penahanan kedua-dua suspek telah membawa kepada penemuan mangsa yang disorok di dalam sebuah bangunan berhampiran lokasi tangkapan dengan tangan dan kaki diikat dengan rantai besi.

"Sementara pada Isnin, polis telah menahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan di Kuala Lumpur dan Selangor yang dipercayai terlibat dalam kes ini," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 362 kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan jika disabit boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun serta denda.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, mangsa, culik, warga asing, 12 jam, sentul