MOHAMAD Andy Hakimi Abdullah sentiasa ingin berarak bersama Kor Kadet Remaja sekolahnya, tetapi dia tidak boleh berbuat demikian kerana dia menghidap scoliosis idiopatik remaja (kelengkungan tulang belakang).
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul Pulau Pinang yang berusia 14 tahun itu pernah bermain bola baling di sekolah, namun terpaksa berhenti kerana sesak nafas dan tidak mampu berjalan jauh.