Modal minima, hanya kepercayaan jadi sandaran buka kedai Aceh


  • Massa
  • Isnin, 17 Okt 2022

Peniaga kedai Aceh hanya perlu menyediakan modal sewa tapak untuk berniaga.

"HANYA perlu modal untuk sewa lokasi sudah cukup untuk warga Aceh membuka perniagaan".

Itu yang didedahkan Ketua Sosialisasi Ummah Bansigom Aceh (SUBA), Tengku Bukhari Ibrahim yang mengakui bahawa operasi kedai runcit Aceh juga dijalankan secara persendirian.

Menurutnya, warga Aceh yang ingin membuka kedai runcit hanya perlu menyediakan modal yang minima sahaja.

"Biasanya modal yang diperlukan hanyalah wang untuk sewaan tapak. Selebihnya adalah kepercayaan yang diberikan pembekal kepada peniaga.

"Kepercayaan itu selalunya datang daripada peniaga warga Aceh lain yang memberi keyakinan kepada pembekal untuk memberi pendahuluan barangan jualan.

"Lagipun warga Aceh memang dikenali sebagai golongan yang suka berniaga," katanya kepada Majoriti.

Ditanya mengenai dakwaan 'cuci duit' yang dikaitkan dengan peniaga kedai Aceh, jelas Tengku Bukhari, perkara itu tidak benar sama sekali.

Ujarnya, warga Aceh yang membuka kedai sebenarnya bukan untuk kaya, sebaliknya kerana suka berniaga.

"Kalau ada yang dapat duit sekali pun itu mungkin duit yang diberikan daripada ahli keluarga di Indonesia untuk dijadikan modal berniaga di sini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram