Salah hero, Haaland gagal tunjuk taring


  • Podium
  • Isnin, 17 Okt 2022

Gomez (kiri) dan Virgil Van Dijk (kanan) cemerlang dalam menangani Erling Haaland (tengah). — Agensi

KEMENANGAN Liverpool 1-0 ke atas Manchester City berjaya meleburkan rekod tanpa kalah The Citizens pada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Penyerang sensasi The Reds, Mohamed Salah menjadi wira pasukan apabila berjaya menyumbang satu jaringan, sekali gus memberikan tiga mata berharga buat Liverpool.

Perlawanan yang berlangsung di Anfield itu memberi suntikan buat anak-anak buah Jurgen Klopp selepas memulakan musim dengan kurang cemerlang.

Tidak cukup dengan itu, kejayaan itu memberi nafas baharu apabila Liverpool berjaya mendaki tiga anak tangga untuk berada di kedudukan kelapan ketika ini.

Bagi The Citizen pula, tonggak pasukan, Erling Haaland gagal untuk menunjukkan taringnya dalam pertembungan itu meskipun terdapat beberapa hantaran cantik dari rakan sepakukan.

Pergerakan Haaland pada perlawanan itu dirantai oleh duo tonggak pertahanan Liverpoool, Joe Gomez dan Virgil Van Dijk.

Meskipun Gomez jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool namun pemain kelahiran England itu berjaya menggagalkan penjaring sensasi Manchester City tersebut.

Selain itu, gandingannya bersama Van Dijk menyukarkan serangan anak-anak buah Pep Guardiola.

Liverpool ketinggalan 10 mata di belakang City dan 14 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal selepas memulakan perlawanan dengan hanya tiga kemenangan aksi liga sebelum ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram