Tiada hasad dengki punca kedai Aceh berkembang, dakwaan ada pihak 'backup' tak betul


  • Massa
  • Isnin, 17 Okt 2022

Sebahagian daripada kedah Aceh yang beroperasi di Lembah Klang.

HUBUNGAN erat dan tidak mempunyai sebarang perasaan hasad dengki yang membuatkan warga Aceh dapat menjalankan perniagaan dengan baik dalam negara ini.

Perkara itu diakui Ketua Sosialisasi Ummah Bansigom Aceh (SUBA), Persatuan Melayu Berketurunan Aceh Malaysia (Permebam), Tengku Bukhari Ibrahim.

Menurutnya, warga Aceh sentiasa memberi sokongan terhadap keturunan mereka yang ingin membuka kedai di negara ini.

"Kita tidak menganggap pembukaan satu kedai itu persaingan antara satu sama lain. Sebaliknya, sesama kita sendiri yang akan bantu.

"Bantuan itu termasuklah daripada segi mendapatkan pembekal untuk mereka berniaga," katanya kepada Majoriti.

Disebabkan itu kata Tengku Bukhari, banyak kedai Aceh beroperasi di merata lokasi terutama di Lembah Klang kerana sokongan itu diberikan sesama komuniti Aceh.

Ditanya dakwaan yang mengatakan terdapat penglibatan pihak tertentu menyebabkan kedah Aceh mampu beroperasi dengan meluas, Tengku Bukhari menafikan perkara tersebut.

"Memang tiada persatuan yang berada di belakang kedai Aceh. Malah, masing-masing membuka kedai dengan kehendak dan kemampuan sendiri.

"Kita hanya memiliki semangat untuk saling membantu. Sebelum ini, mangsa banjir pun kita pernah bantu dan mengutip sebanyak RM350,000 menerusi kedai Aceh," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram