'Sebab nak PRU, tahu dah taktik ni', panas isu Cikgu Fadli nak dibuang kerja, akhirnya pak menteri respons


  • Tular
  • Ahad, 16 Okt 2022

Mohd Fadli dalam satu hantaran Facebooknya berkata, dia tidak bersiaran atau mengeluarkan sebarang kenyataan pada pihak media tanpa kelulusan KPM

KONTROVESI yang melanda guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh selepas mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masalah yang dialami murid termasuk isu beg berat akhirnya mendapat respons Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang menyatakan hasrat mahu bertemu guru terbabit.

"Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa," kata Radzi di laman Facebook.

Radzi

Tangkap layar hantaran Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin

Mohd Fadli terdahulu turut memuat naik hantaran menyatakan kekecewaan kerana selepas bertahun-tahun dia cuba menarik perhatian Menteri Pendidikan itu, akhirnya dia diajak berjumpa hanya selepas posting tersebut tular di media sosial.

"Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin ada tag saya. Nak jumpa bincang isu yang saya sebut katanya.

"Baru malam ni beliau respons sedangkan saya berkali-kali tag beliau sebelum ini, saya komen di post beliau, saya komen di page KPM merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya.

"Tak pernah beliau respons walau sekali. Baru malam ini ada respons.

Kenapa agaknya baru malam ini? Bukan masa saya dipanggil unit integriti tahun lepas? Bukan masa saya tag dan komen pada post beliau dan post KPM berkali-kali sejak bertahun lama?

"Rasanya sebab kebangkitan rakyat. Rakyat marah sebab isu ini melibatkan anak-anak mereka juga. Orang ramai marah sebab KPM nak buang kerja kerana kejujuran saya.

"Kemarahan rakyat jangan dibuat main. Boleh tumbang satu negara. Boleh tumbang kerajaan kerana kebangkitan rakyat," katanya.

photo_6222228953075135790_y

Surat tindakan tata tertib yang dikenakan pada guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan Mohd Fadli yang berpendapat isu itu hanya diberi perhatian sekarang mungkin kerana pilihan raya sudah hampir.

Seorang pengguna Facebook Mohd Fadhli menyifatkan hal tersebut hanya dibangkitkan kerana Pilihan Raya Umum (PRU) yang hampir tiba.

“Tertarik sebab nak PRU. Cikgu Fadli Salleh pun ramai follower, orang Kelantan pula itu. Hehehehehe..tahu doh taktik ni,” katanya.

Sementara itu Mahanom Mohammad menyifatkan tindakan yang diambil oleh KPM itu ibarat menganiaya Fadli dan pelajar.

“Aniaya Cikgu Fadli satu hal.

“Aniaya anak-anak di sekolah dengan pejam mata isu-isu yang Cikgu Fadli bangkitkan satu hal.

“Biarkan Little Napoleon terlebih guna kuasa pun satu hal lain juga. Rakyat dah lama perhati,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi warga maya Mohammad Yaakub Yusra, memohon pihak KPM menyiasat dalang di sebalik kejadian tersebut.

“Cari siapa yang mudah sangat kira nak buang orang, ingat penjawat awam ini sampah kot.

“Syok sendiri meeting sama-sama sendiri kemudian decide base on rasa betul, saya kenal Mohd Fadli Salleh macam mana dan pernah tanya sendiri kenapa masih dalam cikgu di sektor kerajaan.

“Beliau berkemampuan sangat untuk mengajar sebab sayang pada budak-budak.

“Mohon Dr Radzi buat pertimbangan sebaiknya ya. Cari sapa yang buat onar teruk sangat. Tak perlu mencabar suara rakyat dan cikgu-cikgu ya,” tulisnya.

Sementara itu, Mohd Fadli dalam satu hantaran Facebooknya berkata, dia tidak bersiaran atau mengeluarkan sebarang kenyataan pada pihak media tanpa kelulusan KPM kerana dia masih penjawat awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram