PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, parti berkenaan juga mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu.
"Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan rakyat memilih, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU15 melibatkan PN, BN (Barisan Nasional), PH dan parti-parti politik lain yang akan bertanding,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Muhyiddin berkata, Bersatu akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan PN bersama PAS, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, sebagai gabungan politik pelbagai kaum yang berhasrat menawarkan kepimpinan bebas rasuah, cekap dan pihatin demi kemakmuran rakyat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram