[VIDEO] Penunggang motor kena himpit macam 'sandwic' dalam nahas 'bumper to bumper'


  • Tular
  • Selasa, 11 Okt 2022

Tangkap layar video mangsa nyaris dilenyek sebuah kenderaan di lorong kiri jalan namun sempat mengelak.

SEORANG penunggang motosikal dipercayai retak pinggang akibat dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur pada Isnin.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian.

Kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada seorang pemandu kenderaan jenis Honda City yang tidak memberikan lampu 'signal' semasa ingin menukar laluan.

Ketika kejadian, mangsa nyaris dilenyek sebuah lagi kenderaan di lorong kiri jalan namun sempat mengelak.

Bagaimanapun, kenderaan yang merakam kejadian tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa sehingga tercampak.

Difahamkan kemalangan yang berjaya dirakam berdurasi 10 saat tersebut berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen kelihatan rata-rata orang ramai bimbang dengan keadaan mangsa dan ada juga yang berang dengan tindakan pemandu Honda terbabit.

"Macam mana dengan keadaan mangsa? Tengok macam teruk sahaja," kata Syed Mohammad.

"Kereta belakang itu dah brek, tapi disebabkan mengejut kereta belakang dia pun langgar, selamat tak jadi apa-apa yang teruk," ujar Qayyum Dawi.

"Sebabkan kau seorang orang lain jadi mangsa, harap-harap polis dapat cekup pemandu itu untuk bayar ganti rugi," jelas Nurul Afiqah.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram