SEORANG penunggang motosikal nyaris digilis sebuah lori apabila dia tersepit sebelum terlanggar bahagian kanan kenderaan tersebut pada Khamis.
Menerusi video rakaman dashcam yang dikongsikan oleh We are Malaysians di Facebook, penunggang motosikal terbabit dilihat tidak menahan sabar untuk melepasi kesesakan lalu-lintas di kawasan tersebut.
Tanpa berfikir panjang, individu terbabit bertindak menggunakan ruang kecil di antara lori dan pembahagi jalan.
Namun, insiden berlaku apabila dia gagal mengawal kestabilan kenderaannya dan terjatuh lalu nyaris dilenyek sejurus sahaja kenderaan tersebut bergerak.
Tiada sebarang kecelakaan yang menimpa penunggang motosikal tersebut apabila dia dilihat bangun semula dan mengangkat motosikalnya kembali.
Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar insiden tersebut berlaku.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi peringatan kepada mangsa agar sentiasa mementingkan keselamatan diri dahulu.
"Dah kenapa kau, benda tak boleh selit, kau nak selit juga, nasib baik umur kau panjang," kata Tony Ja.
"Pengajaran daripada insiden ini, jangan cuba untuk duduk dekat dengan kenderaan yang besar, kerana keselamatan anda tiada siapa yang berani jamin," ujar Allan Lee.
"Ini namanya cari nahas, akal ada tapi tak reti berfikir bahaya," jelas Amer Imran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram