[VIDEO] Budak perempuan melambung dilanggar kereta ketika lintas jalan di Kuantan


  • Tular
  • Rabu, 05 Okt 2022

Tangkap layar video memaparkan detik-detik kejadian sebelum berlakunya pelanggaran tersebut di Kuantan pada Selasa.

TULAR satu video seorang murid perempuan dilanggar oleh sebuah kenderaan berwarna hitam sehingga menyebabkan mangsa melambung pada Selasa.

Berdasarkan video berdurasi 23 saat itu, memaparkan detik-detik kejadian sebelum berlakunya pelanggaran tersebut.

Menerusi perkongsian video oleh Shahfauzi Mohayudin di Facebook, kelihatan mangsa berlari ketika melintas jalan tanpa mengawasi keadaan jalan raya.

Ketika kejadian, kereta berwarna hitam itu memandu laju semasa tamat waktu persekolahan yang mana ramai murid berada di luar kawasan sekolah.

Kemalangan itu mengundang perhatian orang ramai yang berada di sekeliling kawasan kejadian untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Difahamkan kemalangan tersebut berlaku di Kuantan, Pahang.

Tinjaun Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai berasa simpati dengan keadaan murid tersebut.

"Masa belajar memandu dah diberitahu kawasan sekolah mesti perlahan masalahnya tak peka atau buat tak peka," kata Adzharr Harun.

"Agak parah juga itu sebab line kuning dah ada dan itu menandakan kawasan lintas sekolah," ujar Nrl Eka.

"Masalahnya kereta itu laju sangat walaupun dah nampak kereta kiri kanan jalan ambil budak sekolah, depan sekolah kan kena 30kmj sahaja," jelas Nor Fazila Mohamed.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram