[VIDEO] Padah melintas ketika lampu isyarat hijau, 2 lelaki kaku lihat rakan melambung dirempuh Wira


  • Tular
  • Isnin, 03 Okt 2022

Mangsa yang dipercayai warga asing dilanggar laju oleh kereta terbabit sehingga menyebabkan dia melambung jauh.

PADAH langgar lampu isyarat!

Seorang pejalan kaki dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Taman Impian Emas, Johor Bahru, Johor pada Ahad.

Video rakaman dashcam pemandu berdurasi 13 saat itu menunjukkan pemandu Proton Wira berkenaan muncul dari kiri dan terus memecut laju ketika lampu isyarat berwarna hijau.

Menerusi video tersebut, mangsa yang dipercayai warga asing dilanggar kenderaan terbabit sehingga menyebabkan dia melambung beberapa meter.

Sebaik sahaja rempuhan itu berlaku, pemandu terbabit menghentikan kenderaan, manakala dua rakannya kelihatan terkaku menyaksikan keadaan mangsa

Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 7.22 pada Ahad.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa simpati dengan keadaan mangsa walaupun dia bersalah kerana melintas ketika lampu berwarna hijau.

"Warga asing atau tempatan tetap manusia, kasihanilah mereka andai dia keluarga kita, apalah nasib mangsa itu," kata Nur Atikah.

"Aku kesian pada yang langgar itu, tentu banyak perkara yang perlu dia uruskan," jelas Kail Sejati.

"Alhamdulillah ada bukti video,kalau tak mesti orang tak percaya kalau pemandu Proton Wira itu cakap yang dia jalan ketika lampu isyarat hijau," ujar Badrul Hisham Mohamad.

"Impian Emas dengan Taman Anggerik memang tempat pendatang asing lintas sesuka hati," luah Syed Muzhaffar Syed Mohamed.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram